Raifal tempur

Raifal gempur adalah sejenis raifal yang direka untuk tujuan pertempuran dan dilengkapkan dengan ciri pilihan tembakan (iaitu mampu menembak dalam kedua-dua mod automatik penuh dan separa automatik). Raifal gempur merupakan senjata infantri piawai di dalam kebanyakan angkatan tentera moden, dan mengantikan penggunaan raifal tempur yang lebih berkuasa seperti M14, FN FAL dan Heckler & Koch G3. Antara contoh raifal gempur adalah Colt M16, AK-47 dan Steyr AUG.